|
Senaman Untuk Lelaki
Satu kajian telah mendapati senaman otot pelvik dapat
membantu lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk. Senaman ini
juga diketahui mampu membantu mereka yang menghadapi masalah
cepat diranjang kerana tidak dapat menahan mani.
Senaman ini dilakukan umpama anda menahan kentut. Otot yang
terasa adalah pada bahagian pelvik berhampiran dengan dubur.
Sewaktu melakukan seperti menahan kentut pastikan tidak
mengerakkan bahagian otot lain seperti otot perut dan otot peha.
Cara senaman adalah dengan tahan selama tiga saat dan lepas.
Lakukan sebanyak sepuluh ke lima belas kali. Senaman perlu
dilakukan pada waktu pagi, tengah hari dan malam.
Contohnya waktu pagi senaman ini dengan cara baring selepas
bangun tidur. Waktu tengah hari lakukan senaman ini dengan cara
duduk dam waktu malam lakukan dengan cara berdiri.
Senaman ini perlu dilakukan dengan tetap dan berterusan.
Kesannya hanya akan dirasa 3 ke 4 minggu senaman dilakukan
dengan tetap dan berterusan dan teruskan senaman tanpa berhenti.
Setiap kali bangun pagi.
Apabila buang air kencing. Cuba keluarkan sedikit dan
kemudian tahan untuk sepuluh saat. Bagi yang baru mula lakukan
ia mungkin menimbulkan kesakitan namun lama kelamaan ia akan
hilang. Lakukan sehingga boleh menahan 10 saat tanpa rasa sakit
dan anda mungkin mengambil masa berminggu untuk mencapai tahap
tersebut.
Senaman tahan dan lepas serta pendek dan panjang dilakukan 30
hingga 40 sehari. Bahagikan kepada 3 masa latihan dan setiap
satu 10 ke 15 kali tahan dan lepas serta pendek dan panjang.
Senaman ini boleh dilakukan pada waktu pagi, tengahari atau
malam. Setiap satu dengan cara duduk, berdiri atau baring. Jika
baru mula senaman ini, lakukan dahulu dengan cara baring.
Setelah agak mahir barulah dengan posisi yang lain mengikut
keselesaan.
SUMBER :
Forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
|