|
Bernama 30 Mac, 2007 14:13 PM
Al-Jabbar Rancang Perluas Perniagaan Ke Rantau Asia Dan Asia Tengah
KAJANG, 30 Mac (Bernama) -- Pusat Perubatan Herba Al-Jabbar (Al-Jabbar), syarikat milik bumiputera yang menawarkan
pengubatan berasaskan herba, merancang memasarkan produk penjagaan hati syarikat itu, Jabbar Hidayah HB Plus (Tonik Hati),
ke beberapa negara di rantau Asia dan Asia Tengah.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamaruzaman Che Hussain
berkata setelah berjaya menembusi pasaran Indonesia, Al-Jabbar terancang melebarkan sayap perniagaannya ke Turki dalam masa terdekat.
Selepas itu, Al-Jabbar merancang memasarkan produknya ke Korea, China dan Dubai. katanya.
"Al-Jabbar memasuki pasaran Indonesia pada 8 Disember 2006. Setakat ini produk kami mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di sana," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini Al-Jabbar melancarkan produk Jabbar Hidayah HB Plus (Tonik Hati) serta majlis perasmian pejabat urusannya, Al-Jabbar Herbs, di sini.
Produk Jabbar Hidayah HB Plus dihasilkan khusus untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah hati seperti Hepatitis B, Sirosis, hati berlemak, hati mengecut dan hati luka.
Kamaruzaman berkata produk yang dihasilkan menggunakan 100 peratus herba tempatan itu juga berfungsi melancarkan peredaran darah dengan lebih sempurna dan penting untuk menjaga kesihatan serta merawat masalah hati.
"Selain itu, ia juga mampu menyokong rawatan pelbagai jenis hati, berupaya membersih dan membantu menyingkirkan toksik serta membantu menguatkan sistem organ dalam hati," katanya.
Kamaruzaman berkata pihaknya juga bekerjasama dengan Pathlab Malaysia untuk menjalankan ujian darah ke atas pengguna produk Jabbar Hidayah HB Plus.
Beliau berkata Al-Jabbar mensasarkan kira-kira tiga hingga lima ribu pengguna menggunakan produk tersebut dalam sebulan.
Al-Jabbar ditubuhkan pada 1997
dan sudah mengeluarkan lebih 10 produk kesihatan berasaskan herba tempatan setakat ini.
-- BERNAMA --
Oleh Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my 07 November 2007 |
|
Al-Jabbar tembusi China
Usahawan negara Tembok Besar sedia jalin kerjasama pasarkan produk
KEJAYAAN Al-Jabbar Herbs (Al-Jabbar) menembusi pasaran China
membuktikan produk herba tempatan berkualiti dan mampu bersaing di
peringkat antarabangsa.
Sambutan terhadap produk Al-Jabbar terutama Hidayah HB Plus (tonik hati) amat memberangsangkan ketika menyertai pameran Industri Kecil dan Sederhana (SMI) di Pusat Antarabangsa Qingdao China, baru-baru ini.
Pameran itu disertai SMI dari China dan pengusaha dari seluruh dunia seperti Estonia, Slovakia, Jepun, Korea, Indonesia, Itali dan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar, Kamaruzzaman Che Hussain, berkata kejayaan itu memberi harapan baik kepada produk herba syarikat itu untuk memasuki pasaran antarabangsa.
Beliau berkata, kebanyakan usahawan negara tembok besar itu tertarik dengan produk keluaran Al-Jabbar kerana kualitinya, berbeza produk yang ada di China.
“Enam wakil Al-Jabbar meyakinkan usahawan China mengenai produk dari negara kita dan ramai tertarik untuk menjalin usaha sama untuk memasarkannya di negara itu.
“Pameran dihadiri lebih 50,000 pengunjung dan mereka tertarik mendapat maklumat lanjut mengenai produk herba dari Malaysia.
“Al-Jabbar Group turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Heilongjiang Tianlu Pharmaceutical Co Ltd (HTPCL) dari Heilongjiang, China,” katanya.
Menurutnya, HTPCL ialah sebuah syarikat farmaseutikal terbesar di Heilongjiang yang membuat ubatt tenaga, ubat antidepression dan juga ‘lecithin’ yang berasaskan soya.
“Hasil kerjasama itu, HTPCL akan membawa produk Al- Jabbar untuk dipasarkan di China dan kita (Al-Jabbar) membawa masuk produk HTPCL ke Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pega wai Eksekutif bagi pasaran antarabangsa Al-Jabbar iaitu Al-Jabbar Solution Sdn Bhd, Habib Noh Sayid Seman, berkata kejayaan di China langkah pertama ke luar negara dan menaikkan imej produk Malaysia di peringkat dunia.
“Kami juga memberi fokus ke Brunei Darussalam dan bakal mengadakan pameran herba besar-besaran pada 15 hingga 18 November ini sebelum ke Uganda, Afrika untuk menandatangani perjanjian bagi tujuan pasaran di sana.
“Sasaran di Afrika lebih besar kerana di negara berkenaan terdapat lebih ramai mereka yang menghadapi masalah yang berkaitan penyakit hati.
“Selepas itu, kami bakal melebarkan jaringan ke Dubai dan Beirut pada 25 hingga 30 November ini. Jika berjaya, ia bakal melakar sejarah tersendiri kepada sebuah syarikat SMI dari Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, secara purata dua bilion penduduk dunia dijangkiti virus hepatitis B atau 10 hingga 20 juta kes setiap tahun.
Katanya, bilangan pesakit dari Asia Pasifik besar, justeru tidak hairan mengapa Al-Jabbar berusaha gigih mahu mencari penawar bagi penyakit itu.
Lebih membimbangkan, penyakit yang menyebabkan hati mengalami keradangan itu sering diuar-uarkan sebagai penyakit yang tiada penawar mujarab kecuali mengawalnya daripada merebak dan mencegahnya dengan bantuan vaksin dan suntikan imunisasi.
Justeru, ramai pesakit yang menghidap penyakit berpunca daripada virus hepatitis B itu putus asa, keliru dan hanya berusaha mencari penawar bersandarkan maklumat berkenaan.
“Namun, realitinya ada produk berasaskan 100 peratus herba, Tonik Hati Jabbar Hidayah HB yang dihasilkan anak tempatan mampu membantu mengubati penyakit itu,” katanya.
|
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN mizan@hmetro.com.my 26 March 2006 |
MESKIPUN penyakit Hepatitis B sudah lama menjadi masalah di negara ini, tidak keterlaluan jika dikatakan masih ramai keliru mengenainya.
Mungkin ramai tahu ia adalah penyakit yang menyerang bahagian hati berpunca daripada sejenis kuman dikenali virus Hepatitis B dan tiada rawatan untuk menyembuhkannya.
Namun, tidak ramai tahu ada produk berasaskan 100 peratus herba dinamakan Jabbar Hidayah yang dihasilkan anak tempatan mampu (dengan izin Allah) membantu mengubati penyakit berkenaan.
Ia bukan khabar angin atau retorik semata-mata, kerana produk yang dihasilkan oleh Mohd Kamaruzaman Che Hussain itu terbukti boleh dijadikan sandaran sebagai penawar untuk penyakit berkenaan.
Mohd Kamaruzaman yang juga pengasas Pusat Rawatan Herba Al-Jabbar dan produk berasaskan herba Al-Jabbar berkata, produk dihasilkannya terbukti dapat membantu mengubati penyakit berpunca daripada Hepatitis B seperti bengkak hati, penyakit kuning, hati mengecut, hati berlemak, perut membusung dan bengkak kaki.
Katanya, penggunaan produk berkenaan turut membantu mengurangkan virus dalam badan, kegatalan badan dan membantu mengembalikan semula daya tahan badan yang lemah.
“Seperti diketahui, penyakit Hepatitis B tergolong dalam penyakit kedua paling berbahaya selepas HIV. Penyakit ini juga 100 kali ganda mudah menjangkiti manusia jika dibandingkan dengan HIV, sama ada menerusi air liur, peluh dan hubungan kelamin.
“Dengan adanya herba Jabbar Hidayah, mereka yang disahkan positif Hepatitis B tidak perlu terus buntu memikirkan cara merawatnya dan harapan untuk sihat seperti orang lain semakin cerah,” katanya.
Menurut Mohd Kamaruzaman, pembabitannya dalam perubatan alternatif berasaskan herba itu didorong oleh perasaan ingin membantu, terutama mereka yang puas bergantung kepada kaedah perubatan moden sehingga sampai ke tahap putus asa dengan kaedah berkenaan.
Justeru, selain produk Jabbar Hidayah, Mohd Kamaruzaman menghasilkan lebih 10 produk berasaskan herba hutan dan bunga-bungaan berkualiti tinggi.
Antaranya Jabbar Ayuni 02, Jabbar 101, Jabbar Bayu, Jabbar Maya 99, Jabbar Kasturi Jabbar Raudah, Teh Bidadari dan Kopi Bidadara.
Mohd Kamaruzaman berkata, produk Jabbar Ayuni 02 dikhususkan untuk wanita, manakala Jabbar 101 dikhususkan untuk lelaki.
“Jabbar Ayuni 02 mempunyai khasiat tertentu seperti membantu menegangkan kulit dan payu dara, membentuk punggung dan mengembalikan keharmonian rumah tangga, manakala Jabbar 101 berkesan dalam membantu merangsang tenaga batin lelaki, membantu mencegah masalah mati pucuk dan penyakit gout.
“Dua produk berkenaan masing-masing dihasil menggunakan ramuan Ubi Bidadari Merah (untuk lelaki) dan Ubi Bidadari Putih (untuk wanita),” katanya.
Menurut Mohd Kamaruzaman, selain produk sedia ada, beberapa produk baru keluaran syarikatnya akan dipasarkan dalam masa terdekat ini.
Produk baru itu ialah ‘Breast Cream’, Produk Mencuci Muka, IQ Produk, Pembersih Feminin dan ‘Slimming Jus’.
Untuk mendapatkan produk keluaran Al-Jabbar tidak sukar kerana pengedar produk berkenaan ada di seluruh Malaysia, selain Singapura, Brunei dan Indonesia.
|
|
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia |
|
Al-Jabbar Herbs tembusi pasaran China
Pengeluar produk berasaskan herba, Al-Jabbar Herbs menembusi pasaran China, sekali gus membuktikan produk herba tempatan bermutu dan berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
Produk syarikat berkenaan mendapat sambutan menggalakkan pada pameran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pusat Antarabangsa Qingdao, China baru-baru ini.
Ketua Eksekutif Al-Jabbar, Kamaruzzaman Che Hussain, berkata kejayaan itu memberi harapan baik kepada produk herba syarikat itu untuk memasuki pasaran antarabangsa. Beliau berkata, kebanyakan usahawan China berminat dengan produk keluaran Al-Jabbar kerana kualitinya yang berbeza berbanding produk sedia ada di China.
“Pameran dihadiri lebih 50,000 pengunjung dan mereka tertarik mendapat maklumat lanjut mengenai produk herba dari Malaysia”.
“Enam wakil Al-Jabbar meyakinkan usahawan China mengenai produk dari negara kita dan ramai tertarik menjalinkan kerjasama bagi memasarkan produk syarikat di negara itu,” katanya.
Kamaruzzaman berkata, Al-Jabbar turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat farmaseutikal terbesar di Heilongjang, China, Heilogjang Tianlu Pharmaceutical Co Ltd. yang membuat ubat tenaga, ubat antitekanan dan juga lecithin berasaskan soya.
“Menerusi kerjasama itu, Heilongjang Tianlu akan membawa produk Al-Jabbar untuk dipasarkan di China, manakala Al-Jabbar akan membawa masuk produk Heilongjang Tianlu ke Malaysia,” katanya.
Disunting daripada Berita Harian, 20 November 2007
|
|